" Tanda 100 hari menjelang meninggal " Ini adalah tanda pertama dari
Thursday, April 29, 2010
Tanda-tanda sebelum kita Meninggal
Hayati Solat Cara Nabi
Di sini ada sedikit perkongsian cara solat kekasih hati dayah, Muhammad bin Abdullah
QIYAM:
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk, solatlah dalam keadaan mengiring.(HR Bukhari)
RUKUK:
Hadith diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a.(maksudnya):
Nabi SAW, apabila hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk, juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca Allah Maha Mendengar sesiapa yang memujiNya. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud.(HR Bukhari dan Muslim).
Sesungguhnya Nabi SAW, apabila rukuk, Baginda membuka (meregangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.(HR al-Baihaqi Darqutni).
Nabi Muhammad SAW menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk seperti sabdanya yang bermaksud:
Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututnu, kemudian regangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya.(HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
Tamakninah:
kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).(HR al-Bukhari)
SUJUD:
Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki.(HR al-Bukhari & Muslim)
Apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.(HR Muslim, Ahmad)
Dahi dan Muka Berada Di Antara Kedua-dua Tangan:
Maksud hadith: Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud, Baginda meletakkab wajahnya di antara kedua-dua tangannya.
Jari-jari Dirapatkan:
Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk Nabi membuka (meregangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi marapatkan jari-jarinya. (HR al-Baihaqi dan Darqutni)
DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD DAN TAHIYAT AWAL:
Yg ini kita akan bincang panjang sikit kerna, kita dapat tgk mcm2 versi duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal dikalangan rakyat Malaysia kini
Ok, duduk di antara dua sujud ini dinamakn duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi seperti alas (firash). Tapak kaki sebelah kanan ditegakkan di atas lantai, sementara jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh).
Untuk penGetahuan rakan2 yg disayangi, tiada perbezaan di antara posisi duduk wanita dan lelaki di dalam solat. Posisi duduk antara dua sujud adalah sama dengan kedudukan Tahiyat awal.
Disebutkan dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat , maka Baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.
Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jariny memegang hujung bahagian lutut.
DUDUK TAHIYAT AKHIR:
Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan, dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat).
Hadith yang menggambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk di atas kakinya) dan duduk di atas sebelah kirinya bersimpuh. (HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).
Juga sebuah hadith lagi menyebut Dan apabila Nabi SAW duduk di rakaat terakhir, Nabi mengkehadapankan kaki kirinya dan menegakkan yang satu lagi (kaki kanan) serta duduk di atas punggungnya (tempat duduknya).
(HR al-Bukhari)
SUMBER: BUKU SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS
Friday, October 30, 2009
Pesan Nabi Sebelum Tido
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Monday, September 7, 2009
70 Dosa Besar
Surah Al-Ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut..
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a’lam
Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah
Kisah Luqman Al-Hakim Dgn Perkataan Manusia
Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak enakan menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksa himar itu."
Oleh karena tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasehati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia.
Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap mengambil tindakan."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir..
Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (kepribadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Teknik Bertengkar Secara Positif
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P..Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.





